Selasa, 2 Februari 2016

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD 2016


Kejaohanan bola tampar MSSD Sepang yang dipertandingkan pada 1 Feb 2016 bertempat di Dewan SJK(C) Dengkil terbahagi kepada 2 pasukan iaitu pasukan lelaki bawah 12 tahun dan perempuan bawah 12 tahun. 
Sekolah Kebangsaan Desa Putra turut menghantar kedua-dua pasukan. Ini tahun kedua SKDP menyertai kejohanan bola tampar selepas berhenti menghantar pasukan sejak tahun 2013. Para peserta yang terdiri dari pelajar tahun 6 dan 5 telah dipilih untuk kejohanan ini. Seramai 12 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan telah dipilih untuk mewakili sekolah Kebangsaan Desa Putra. Persiapan latihan  awal yang telah dibuat sejak awal Januari 2016. 
Peserta lelaki terdiri dari :

1. 
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Manakala peserta perempuan terdiri dari:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Laporan pasukan lelaki

1. Pasukan lelaki telah menunjukan persembahan permainan yang agak menghambarkan dalam perlawanan yang pertama menentang pasukan SJK(C) Sin Ming. Banyak service yang tersangkut di jaring telah memberi kelebihan pada pasukan lawan. Kurang keyakinan diri dan perasaan takut menyebabkan pasukan SKDP kalah teruk kepada SJK(C) Sin Ming.

2. Dalam perlawanan yang kedua pasukan SKDP menentang pasukan SK Sg Merab Luar. Dalam perlawanan ini pasukan SKDP telah menunjukan peningkatan prestasi tetapi tetap kalah kerana banyak service terkandas di jaring.

3. Selepas mengharungi 2 perlawanan, pasukan SKDP telah mendapat keyakinan kembali di mana purata service sempurna dilakukan. Selain itu semangat juang yang ditunjukan oleh pemain membuatkan pasukan telah menang menentang pasukan SK Sg Rawang.
   
   Dengan berbekalkan 5 mata sahaja pasukan bola tampar lelaki SKDP tidak layak mara ke separuh akhir dan perlawanan tamat setakat ini sahaja. Pada akhir pertandingan SK Sg Merab Luar telah merangkul johan dalam pertandingan bola tampar MSSD Sepang 2016.

Laporan pasukan perempuan

1. Seperti pasukan lelaki, pasukan perempuan juga menunjukan persembahan permainan yang agak menghambarkan dalam perlawanan yang pertama menentang pasukan SJK(C) Sin Ming.  Banyak service yang tersangkut di jaring telah memberi kelebihan pada pasukan lawan. Kurang keyakinan diri dan perasaan takut menyebabkan pasukan SKDP kalah teruk kepada SJK(C) Sin Ming.

2.  Dalam perlawanan yang kedua pasukan SKDP menentang pasukan SJK(C) Dengkil. Dalam perlawanan ini pasukan SKDP telah menunjukan peningkatan prestasi tetapi tetap kalah kerana banyak service terkandas di jaring.  

 3.   Selepas mengharungi 2 perlawanan, pasukan SKDP telah mendapat keyakinan kembali di mana purata service sempurna dilakukan. Selain itu semangat juang yang ditunjukan oleh pemain membuatkan pasukan telah menang menentang pasukan SK Salak.                                                            
Dalam perlawanan ini pasukan perempuan telah mendapat tempat ketiga dari 4 buah pasukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan