Jumaat, 8 Februari 2013

KEJOHANAN RAGBI RIMAU BAWAH 12 MSSD SEPANG 2013

Kejohanan Ragbi Rimau bawah 12 tahun MSSD Sepang telah dijalankan di padang SK Kota Warisan pada 5 Februari 2013. SK Kota Warisan yang menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini telah berjaya melaksanakan kejohanan ini dengan jayanya. Syabas diucapkan kepada pihak yang terlibat.
8 Buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini iaitu SK Desa Putra, SK Seroja, SK Kota Warisan, SK Sg Merab Luar, SK KLIA, SK Putra Perdana, SK Pantai Sepang Putra dan SK Sg Rawang. Perlawanan berlangsung sengit di mana pasukan yang bertanding cuba memberi saingan yang sengit. SK Desa putra yang bertemu dengan SK KLIA. SK Sg Merab dan SK sepang putra berjaya ke peringkat separuh akhir. Walaubagaimana pun pasukan Sk Desa Putra kalah tipis kepada SK Kota Warisan dalam saingan separuh akhir. Tahniah kepada pemain pasukan SK Desa putra yang bersungguh-sungguh mempamerkan permainan yang menarik.
Juara kejohanan ialah pasukan SK Taman Pantai Sepang Putra, Naib johan pula SK Kota Warisan dan tempat ketiga ialah SK Desa Putra. 3 orang murid SK Desa Putra terpilih untuk mengikuti latihan pusat Kejohanan peringkat negeri iaitu Muhd Ilyas bin Ayob, Muhd Nor Azim dan Muhd Alif Akmal bin Abu Zarrin. Tahniah diucapkan.

gambar pada hari kejohanan

pasukan SK Desa Putra

pasukan SK KLIA(kiri) dan SK Desa Putra

pasukan SK Desa Putra (kiri) dan Sk Taman Pantai Sepang Putra

pasukan SK Kota Warisan (kiri) dan Sk Desa Putra

SKDP dan SKKW

penutup dan penyampaian hadiah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan