Ahad, 20 Mac 2016

MEMILIH DAN MEMBELI KHEMAH



 Khemah adalah satu elemen terpenting dalan aktiviti perkhemahan. Meterial khemah yang baik adalah yang terpenting dalam perancangan membeli khemah untuk memberi perlindungan dari hujan, panas, sejuk, angin, binatang dan serangga.
 Perkara yang harus diperhatikan dan diambil kira apabila kita membelinya ialah:

 1.Jenama- jenama yang terkenal pengeluar barangan perkhemahan yang berkualiti, tetapi ada juga yang tidak berjenama berkualiti baik.

 2.Harga-Bergantung kepada kemampuan dan keperluan serta kegunaan

3.Kegunaan (fungsi) - untuk ke pantai @ mendaki gunung @ sungai @ hutan sebab ia mempunyai fungsi yang berlainan.

 4. Perlindungan - dapat memberi perlindungan dengan baik daripada hujan,panas, sejuk dan haiwan merayap contoh mempunyai 'netting' di pintu dan 'ventilation' yang baik; perhatikan apa yang terbaik yang ada pada khemah tersebut.

 5. Ukuran - Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan. Buku panduan pemilihan jenis dan ciri-ciri khemah, memilih tapak perkhemahan dan memasang khemah. 
 6. Kalis air - kebiasaanya yang berjenama lebih baik walaupun bukan 100%.

  7. Tahan lasak - sebenarnya bergantung kepada cara anda menggunakan dan menjaganya.

 8. Mudah dipasang dan dibuka - lagi senang dipasang lagi bagus 


Antara khemah yang selalu digunakan dan mudah dalam perkhemahan sekolah

A shape

khemah dome

Tiada ulasan:

Catat Ulasan